"Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.
Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).
Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?
Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celcius berbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.

0 comments:
Post a Comment