Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Suami yang macam menyesal ...


( Realiti sebenar Negaraku Malaysia )
sumber : Husin Lempoyan

Dengan tangan memegang gelas air, si Mail berada dalam gelap merenung bulan melalui tingkap dapur. Sudah 51 tahun dia berkahwin dengan Maria tetapi tidak aman dan harmoni rumahtangga. Mereka hidup mewah dan makmur tetapi mudah saja berlaku perselisihan faham. Sikit sebab, diungkit isu-isu kelahi lama.

Macam-macam tolak ansur telah dilakukan. Macam-macam cara telah dicuba untuk berlaku adil. Macam pendekatan dicuba untuk berlaku adil antara membantu keluarganya yang susah dan kehendak isteri yang mahu cara liberal tanpa sekatan dan tanggungjawab. Macam-macam helah diusaha untuk dia hormati budaya masyarakat Melayu dan Islam, masih tak berjaya.

Padahal sebelum kahwin,
Maria sudah sedia menerima Islam sebagai ugama keluarga, Melayu sebagai bahasa dan budaya, sama hormati Raja-Raja, dan sedia memberi keistimewaan kepada keluarganya yang susah dan masih susah.


Inilah dilemma dan kesabaran yang ditanggung si Mail sepanjang berkahwin dengan
Maria yang berdarah campuran. Bapanya orang putih dan bertugas sebagai Inspektor Polis British di Malaya. Ibu Maria kacukkan Cina dan India atau dipanggil orang sekarang sebagai Cindian.

Dato sebelah ibu Si Mail berasal campuran Melayu Sulu dari Brunei dan Pribumi tempatan. Macam simbolik antara Sabah dan Sarawak.

Sepatutnya eloklah perkahwinan mereka. Boleh menjadi model kaum campuran Malaysia. Si suami sebagai ketua keluarga orang Melayu dan isteri pula pelbagai darah keturunan. Masaalahnya timbul apabila hendak menentukan hala tuju keluarga mereka.

Bila menziarahi disebelah ibu bapa dan mertua, diikuti cara-cara mereka sebagai penghormatan kepada cara masing-masing. Dalam keluarga mereka menjadi caca marba. Kalau ikut adat ketimuran, keutamaan adalah pada sebelah suami dan masyarakat.

Tapi si
Maria agak degil. Maka ini yang menjadikan keluarga mereka yang serba cukup keperluan, tetapi sentiasa campalang orang kata. Penghabisan anak pun menjadi keliru dan tidak ada jati diri. Si Mail pula agak kecewa kerana anak-anaknya semakin hari bukan seperti orang Malaysia, jauh sekali jadi orang Melayu, tapi terlalu kebaratan.

Kaum keluarga Si Mail di Kuala Kangso masih tidak terbela.

Fikirannya melayang kembali semasa dia terpikat melihat
Maria di runaway. Dari pandang pertama, dia sudah terpikat dengan kecantikan dan tarikan gadis darah kacukannya yang rupa sedikit ketimuran dan gaya kebaratan.

Silap si Mail yang terlalu kagumi cara lain dan tidak menghargai kecantikan gadis-gadis di kampungnya.

Rupa
Maria sedikit sebanyak antara rupa Linda Lumb dan Seniwati Sarimah, tapi lebih menyerupai Dolly Kwan dalam filem Labu Labi. Sarah pun ada personaliti dan terhibur berdamping dengannya.

Walaupun dia agak sukakan
Maria, Si Mail belum bersedia bersedia hendak kahwin. Apa boleh buat? Nasi sudah jadi bubur.

Semasa mereka courting dahulu untuk ke panggung wayang atau makan-makan atau ke night club, mereka selalu berakhir dengan berdua-duaan di Taman Bunga.

Pada malam bersejarah itu, mereka sedang berasmara dana dan bermadu kasih di Jalan Duta dekat Taman Bunga dalam kereta bapa
Maria.

Rupanya bapa
Maria sedang mengikut polis-polis bawah jagaannya dalam rondaan. Dia berhenti apabila menyedari keretanya parking di pinggir Taman Bunga. Marah betul dia. Terus dia pergi ke arah kereta.

Apabila disedari anaknya dengan seorang pemuda, dia membuka pintu kereta dan menjerit dengan pistol polis diacukan kepada Si Mail, "Apa kau buat? Apa kau lakukan?"

Seram sejuk terkenang bengisnya suara orang putih itu dengan muncung pistol yang dihala terhadapmya yang dalam keadaan bertolak ansur.

Bapa
Maria dengan nada suara tinggi memberi katadua,"I give you two choice - marry my daughter or I make you get sent to prison for 10 years."

Dia kahwin dalam paksa. Dipaksa orang putih. Terpaksa menerima cara-cara campur aduk yang tidak membina satu keluarga.

"Abung, vuat afa dalam gelap?"

Si Mail disentak dari lamunan dikejutkan suara
Maria yang slang macam Susan Lancaster mengejutnya dari lamunan. Sudah 50 tahun kahwin dan jadi rakyat Malaysia masih pelat. Kadang-kadang memalukan bila dia bawa pulang isterinya ke Kuala Kangso.

Dengan pelat British,
Maria menambah, "Whots wrong with you? Are you still angry from our disagreement? Don't we always quarrel all these years?"

"Tak ada apa-apa, abang tengah berfikir.

"Kalau dahulu abang masuk penjara 10 tahun, sekarang dah 40 tahun keluar bebas ...", kata Si Mail lalu terus beredar masuk bilik untuk tidur.

Maria terpinga-pinga cuba memahami. Memang dia susah nak faham cakap cara sindiran dan berkias Melayu Si Mail. Maria hanya fikirkan dirinya sahaja. Tidak difikirkan pasal peranan Si Mail membina keluarga dan membantu keluarga ibubapanya.







numenmail.com

0 comments: