Source : my wifePerniagaan Internet merupakan perniagaan yang boleh membantu meraih keuntungan yang lumayan jika dibuat dengan tekun dan sabar. Bagi usahawan internet yang baru menjinakkkan diri kedalam bidang ini atau ingin menceburkan diri perlulah bersedia dan berhati-hati.
Perkara pertama yang perlu di fikirkan adalah produk yang ingin kita ceburi. Apa jua jenis perniagaan yang dipilih, kita perlu memastikan kita faham dan cenderung dalam industri tersebut. Minat yang mendalam dalam sesuatu bidang, contohnya kecantikan dapat membantu kita dalam mengendalikan perniagaan tersebut.
Setelah memilih produk, kita tidak boleh sewenang-wenangnya terus menceburi, atau menghubungi pembekal. Kajian pasaran perlu dijalankan. Permintaan ke atas produk, jumlah saingan yang ada adalah menjadi ciri utama dalam pemilihan produk. Sebaik-baik tindakan adalah dengan memilih produk yang unik yang tiada ataupun kurang dalam pasaran.
Menurut kajian, kebanyakan pakar-pakar internet berpendapat bahawa pilihan produk yang paling mudah dan murah adalah e-book ataupun buku elektronik. Produk ini dikatakan murah kerana anda tidak perlu menanggung kos seperti kos pencetakkan, kos penghantaran. Pembeli anda hanya perlu memuat turun / download buku tersebut ke hard disk mereka setelah pembayaran dibuat.
Pada masa kini terlalu banyak buku elektronik yang dikeluarkan. Oleh itu usahawan baru perlu berhati-hati dalam memilih bagi memastikan buku itu adalah buku berkualiti tinggi atau tidak.
Selain dari e-book, program seperti rakan niaga(affiliate) dan dropshipping juga merupakan program yang memerlukan modal yang sedikit. Ia amat bersesuaian bagi usahawan yang berniaga secara separuh masa atau yang hanya ingin duit poket. Tetapi program ini jika dibuat dengan bersungguh-sungguh boleh menghasilkan pulangan yang lumayan.
Walau apapun produk yang dipilih, yang paling penting adalah memastikan bakal pelanggan mengetahui kewujudan kita. Disini promosi kepada perniagaan perlu ditekankan. Perlu kita ingat diInternet maklumat terlalu banyak. Usahawan juga terlalu ramai. Pembeli makin ramai. Bagaimana kita memanfaatkan situasi ini dipanggil sebagai strategi pemasaran. Topik ini akan saya sentuh pada masa akan datang.






0 comments:
Post a Comment